Trends & Guides

Technology

Lifestyle

Family & Kids

Fashion & Beauty

Insights

Products

Coupons

Trends & Guides

Inilah Buku Panduan Gaya Tudung Anda: 4 Idea Tudung Moden untuk Menyerlahkan Penampilan Anda

16 May 2018 | Beverly Sim

Buku panduan gaya tudung moden ini akan menjadi inspirasi anda. Menjelang Ramadan ini, artikel ini akan memberi anda idea untuk kelihatan bergaya pada musim perayaan yang akan menjelang tiba.

Tudung tidak asing lagi didalam industri fesyen, satu dunia telah menerima pakai idea mengenakan tudung dan kebelakangan ini pelbagai rupa dan stail tudung tercipta umpama cendawan tumbuh dimana ramai pengeluar tudung seperti Naelofar, Tudung Ruffle, dan Bawal Exclusive memperkenalkan fesyen-fesyen tudung terkini. Stail dan design tudung / hijab yang berlainan boleh menjadikan anda kelihatan lebih jelita dan moden.

Namun begitu, memadankan tudung dengan pakaian anda boleh menjadi satu mimpi ngeri dimana si pemakai begitu keliru bagaimana untuk menggayakan hijab dengan pakaian yang dipakai. Jika anda telah kehilangan idea atau perlukan inspirasi, lihatlah gaya-gaya yang terpilih ini untuk wanita yang ingin kelihatan moden. Gaya-gaya ini boleh dijadikan sumber inspirasi anda semasa Ramadan & Eid Mubarak!

1. Padankan dengan sehelai jumpsuit

Sumber: Instagram @haniszalikha

Trend jumpsuit semakin berkembang dalam kalangan fashionista. Keistimewaannya terletak pada kepelbagaian dan kepraktisan yang diberi. Jumpsuit boleh dipakai secara kasual mahupun separa formal. Kuncinya ialah bagaimana anda memadankannya.

Disebabkan jumpsuit datang dalam satu sut, ianya menjadi amat mudah untuk digayakan. Jika anda mahukan gaya yang minimalis tetapi canggih, cuba padankannya dengan hijab, kardigan, jumpsuit monochrome dengan clutch yang berwarna gelap. Untuk gaya yang feminin, gunakan jumpsuit dengan cetakan bintikan ataupun bunga. Cetakan-cetakan sebegini akan menyerlahkan kewanitaan anda.

Pelakon wanita tempatan, Hanis Zalikha (gambar di atas) menggayakan jumpsuitnya dengan baju putih, baju putih, dan beg sling hitam putih.

Inginkan sehelai jumpsuit? Dapatkanlah satu di sini.

2. Padankan dengan pakaian yang labuh

Sumber: Instagram @mfmirafilzah

Pakaian labuh adalah trend yang paling hangat kebelakangan ini. Tambahan pula, pusat fesyen terkemuka Asia, Korea Selatan, biasanya menggayakan idola Kpop dengan pakaian labuh. Tetapi, janganlah beli baju bersaiz XL dan menganggap baju besar itu sebagai pakaian labuh pula! Belilah baju yang terletak elok di badan masing masing.

Kebiasaannya pakaian kita disesuaikan untuk ukur badan kita di bahagian bahu, pakaian labuh akan melepasi bahagian bahu sehingga ke pertengahan bahagian lengan kita. Selain memberikan lebih keselesaan, pakaian yang labuh juga merupakan cara yang baik untuk mengimbangkan badan yang tidak seimbang.

Berdasarkan gambar di atas, pelakon wanita tempatan Mira Filzah menggayakan baju labuh, seluar jeans biru, dan cermin mata hitam. Mudah tetapi bergaya!

Usahawan tempatan dan mogul stail Datin Vivy Yusof juga dilihat memakai pakaian labuh.

Sumber: Instagram @vivyyusof

Vivy Yusof menggayakan dirinya dengan seluar jeans biru, cermin mata hitam, dan beg tangan berwarna coklat. Vivy Yusof juga boleh dijadikan idola dalam pemakaian untuk wanita bertudung di luar sana.

Di samping itu, berikut adalah penggayaan yang boleh dicuba:

Untuk penampilan yang lebih edgy, cuba pakai baju labuh bersama-sama dengan seluar kaki lebar.

Untuk mendapatkan penampilan ala street style pula, gabungkan baju labuh anda dengan kardigan lengan panjang dan seluar panjang berpinggang tinggi serta kasut.

Jika anda ingin pergi berjalan-jalan di bandar, cubalah gabungkan baju labuh anda dengan seluar satin yang longgar. Pasangkan mereka dengan beg sling untuk menonjolkan penampilan yang kasual.

Inginkan sehelai baju labuh? Dapatkannya di sini.

3. Padankannya dengan selendang

Sumber: Instagram @vivyyusof

“Biar betul cadangkan pakai selendang di Malaysia dengan cuaca tropikal sebegini?”

Dengarlah dulu. Memang betul kita mengalami cuaca yang panas terik sekarang ini, tetapi banyak di antara kita yang bekerja di dalam suasana berhawa dingin dan juga menghabiskan banyak masa kita berada di pusat membeli-belah.

Pilihan selendang yang sesuai sebenarnya bergantung pada kain yang digunakan. Jika selendang tersebut boleh menyerap peluh, lembut dan nipis, anda akan berasa selesa. Satu lagi sebab untuk memakai selendang – ia dapat menutup bahagian leher dan lengkung badan anda untuk menutup aurat anda.

Perkara pertama yang boleh anda lakukan ialah untuk tudung + selendang adalah untuk menggunakan kaedah “colour blocking”. Contohnya, padankan tudung berwarna merah jambu dengan selendang coklat muda.

Ambil tip dari Vivy Yusof (gambar di atas). Beliau padankan selendang panjangnya dengan baju putih longgar, seluar putih dan beg hitam.

Masih belum memiliki koleksi selendang anda lagi? Atau ingin menambah selendang dengan cetakan baru? Lihatlah selendang ini.

4. Padankan dengan jaket denim

Sumber: Instagram @mfmirafilzah

Dicipta oleh legenda denim Levi Strauss pada tahun 1880, jaket ikonik ini penuh bersejarah dan mengambil perhatian mereka yang muda di hati. Jaket ini bukan sahaja bergaya – ia memberikan stail yang lebih berani.

Jaket denim bukan sahaja bergaya, ia mempunyai banyak poket yang membolehkan anda menyimpan telefon bimbit anda.

Semasa melawat tempat yang sejuk seperti pejabat / pusat beli-belah / panggung wayang, jaket ini boleh menghangatkan badan anda.

Sumber: Instagram @elfiraloy

Sekiranya anda mahukan gaya seperti pelakon wanita tempatan Elfira Loy (gambar di atas), lengkapkan penampilan anda dengan gaya all-black – hijab panjang hitam, baju hitam, seluar jeans hitam, kasut hitam serta beg sling yang berwarna gelap.

Sedang mencari jaket denim tersendiri? Cubalah yang ini.

Menggayakan tudung anda mungkin agak mengelirukan pada sesuatu masa, ini kerana banyak di antara kita yang sering menggayakan fesyen yang sama, tetapi dengan buku panduan yang diilhamkan oleh para selebriti ini, penampilan anda pada Ramadhan ini menjadi lebih mudah.

Imej utama ihsan pexels.com

User Comments