Trends & Guides

Technology

Lifestyle

Family & Kids

Fashion & Beauty

Insights

Products

Coupons

Trends & Guides

5 Fesyen Baju Raya Pilihan 2018

20 April 2018 | iPrice Group

Hari Raya Aidilfitri kian menjelang, maksudnya tibalah masa untuk mula mengemas rumah, merancang destinasi percutian serta memilih baju raya yang sesuai dipakai untuk hari pertama Hari Raya. Maklumlah, terdapat pelbagai penggayaan yang boleh dipilih, maka inilah senarai tren raya untuk mengekspresikan citarasa fesyen anda!

Tudung

Bagi yang bertudung, tidak kiralah yang bertudung mengikut stail terkini atau masih kekal bertudung labuh polos, kami cadangkan jenama yang tidak asing lagi bagi hijabista diluar sana iaitu Naelofar Hijab. Jenama ini menawarkan berbagai jenis tudung untuk hijab muslimah dan mereka dianggap sebagai salah satu jenama hijab yang paling bergaya hari ini.

Kerongsang

Tahulah kita bagaimana hijab kita akan bergerak sepanjang hari jika ia tidak dikancing dengan betul. (Kerongsang merupakan aksesori penting untuk para wanita berhijab. Selain memastikan tudung terletak dengan elok sepanjang hari, kerongsang boleh dijadikan sebagai aksesori tambahan bagi menaikkan lagi seri si pemakai.) Tidak perlu bersusah-payah lagi untuk mendapatkan kerongsang bagi mengikat tudung anda. Serlahkan gaya anda dengan pilihan kerongsang di bawah.

Sumber: LOVENGIFTS (kiri), Paulini (tengah), LOVENGIFTS (kanan)

Baju Kurung

Antara pakaian yang sering dipakai sepanjang tahun dan semasa Hari Raya ialah baju kurung. Jika anda bakal mengadakan rumah terbuka, dapatkanlah baju kurung yang longgar untuk bergerak menyediakan juadah santapan dengan lebih mudah dan selesa. Untuk kamu yang ingin berziarah ke rumah sanak saudara pula, kami mencadangkan baju kebaya digayakan dengan dokoh.

Berikut adalah beberapa baju kurung yang bergaya untuk pilihan anda:

Sumber: (Dari kiri) Kree for Zalora, Lubna dan Butik Sireh Pinang

Baju Kebaya

Jika kamu ingin pakaian yang lebih elegan, baju kebaya adalah pilihan yang paling tepat. Walaupun baju kebaya mungkin kelihatan hambar pada mulanya, kamu dapat menggayakannya mengikut citarasa fesyen si pemakai yang tersendiri. Baju kebaya Wan Peah adalah reka bentuk yang paling popular untuk musim Raya tahun ini. Jangan lupa untuk memakainya dengan kerongsang ya!

Sumber: BYN (kiri dan tengah), Amar Amran (kanan)

Sumber: Paulini

Jubah

Jika kamu inginkan gaya yang lebih konservatif, jubah merupakan pilihan yang terbaik untuk anda. Jubah yang moden mempunyai reka bentuk yang minimalis dan mengutamakan keselesaan, sesuai untuk dipakai pada Hari Raya yang sibuk.

Sumber: Zalia (kiri), Zolace (tengah), Amar Amran (kanan).

Warna Baju Raya 2018

Bagaimana pula dengan warna untuk baju raya? Kami di iPrice mencadangkan bahawa warna yang terbaik untuk tahun ini ialah hijau zamrud.

Sumber: puttyworld.com

Cara Terbaik untuk Kelihatan Menawan di Pagi Raya

Memadankan pakaian anda mungkin tidak semudah seperti yang disangka. Tidak perlu risau, kami mempunyai tips-tips penting yang mungkin boleh membantu anda!

Pertamanya, pemilihan warna yang sesuai untuk tudung anda akan bergantung sepenuhnya pada baju dan kain. Cari warna yang paling menyerlah pada baju anda dan padankan tudung anda dengan warna tersebut.

Selain itu, baju anda seharusnya menjadi pusat tumpuan untuk sesiapa sahaja yang memandang dengan kerongsang yang paling indah dan reka bentuk yang paling elegan.

Untuk memberikan penampilan yang lebih ramping kepada pemakai, kain anda harus mempunyai warna yang lebih gelap berbanding dengan tudung dan baju anda.

Untuk kasut pula, pilihannya terpulang kepada kesukaan anda. Yang penting ialah untuk memilih kasut yang mengimbangi gaya dan keselesaan.

Sekiranya anda ingin gaya yang seragam untuk seisi keluarga anda, anda boleh pilih sama ada:

  • tema warna yang sama + gaya individu; atau
  • tema gaya yang sama + warna individu

Bersiap Sedia Untuk Raya yang Menjelang!

Raya adalah masa untuk berziarah dan mengeratkan silaturrahim sesama keluarga dan saudara mara kita. Ikutilah panduan penggayaan kami di atas untuk menjadi ikon fesyen musim raya ini!

User Comments