Trends & Guides

Technology

Lifestyle

Family & Kids

Fashion & Beauty

Insights

Products

Coupons

Trends & Guides

9 Breast Pump Terbaik untuk Setiap Jenis Ibu di Malaysia

07 March 2018 | Tzu Yu

Kebanyakan wanita yang hamil akan mencari breast pump atau pam susu sebagai persiapan untuk bersalin. Jika anda juga sedang mencari breast pump yang terbaik untuk anda, anda mungkin telah tahu bahawa peralatan penyusuan tidak murah. Namun, ada berita baik untuk semua kaum ibu dan wanita mengandung.

Bajet Malaysia 2017 terkini yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri memberi peluang kepada ibu-ibu yang membayar cukai untuk mendapat perlepasan cukai sehingga RM 1,000 bagi pembelian peralatan penyusuan (termasuk breast pump manual atau breast pump elektrik, bekas penyejuk, bekas pengumpulan dan penyimpanan susu).

Dengan perlepasan cukai ini, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk mencari breast pump yang murah malah dapat membeli breast pump yang lebih berkualiti. Tidak dapat dinafikan harga breast pump yang berkualiti mungkin mencapai ribuan ringgit. Namun, ada juga breast pump yang juga sama baik tapi dijual dengan harga yang lebih murah.

Terdapat 3 jenis breast pump yang akan dirungkaikan dalam artikel ini, iaitu double electric breast pumps, single electric breast pump dan juga manual breast pumps.

1. Double Electric Breast Pumps

Double electric breast pumps membenarkan anda mengepam kedua-dua payudara pada masa yang sama. Pam susu seperti ini adalah yang terbaik untuk ibu bekerja kerana ianya lebih cepat dan menjimatkan masa. Di samping itu, breast pumps eletrik mempunyai fungsi urut.

Spectra M1 Electric Double Breast Pump

Breast pump ini dilabel breast pump elektrik terbaik dan murah untuk wanita bekerja. Fungsi letdown mode yang tersedia paling sesuai untuk wanita bekerja kerana ia akan mempercepatkan permulaan aliran susu. Breast pump ini juga mempunyai butang kawalan untuk mengawal kekuatan sedutan dan kitaran dengan satu sentuhan sahaja. Baterinya juga boleh dicas semula. Ibu-ibu juga tidak perlu risau bahawa susu akan memasuki motor pam kerana breast pump Spectra menggunakan sistem tertutup (Breast Pump Spectra juga mempunyai sistem tertutup yang menghalang susu dari memasuki motor pam jadi para ibu tidak perlu risau).

Philips Avent Natural Comfort Double Electric Breast Pump

Brand Philips Avent tidak asing lagi bagi para ibu dan diketahui ramai kerana kualitinya. Kelebihan breast pump in adalah keselesaan semasa menggunakannya. Breast pump ini mempunyai mod rangsangan lembut dan 3 tetapan mengepam. Tambahan pula, ia mempunyai kusyen urut lembut dengan rasa hangat. Sensasi yang selasa ini akan merangsangkan lebih susu yang boleh dipam. Breast pump ini juga mudah dibawa ke mana-mana sahaja kerana reka bentuknya yang ringan.

Malish ILARIA Double Electric Breast Pump

Breast pump elektrik yang heavy duty kerana ianya mempunyai 2 pam motor berkuasa tapi beroperasi secara senyap. Tahap sedutan boleh dilaraskan pada pam kiri atau kanan bagi memastikan susu ibu keluar sepenuhnya. Ia mempunyai skrin LCD untuk memudahkan ibu ibu melihat tetapan pada pam tersebut. Pam ini boleh menggunakan elektrik, bateri dan powerbank. Malish breast pump ini adalah breast pump yang menjadi pilihan dikalangan ibu yang mementingkan breast pump bagus yang praktikal.

Medela Double Electric Breast Pump Swing Maxi
From RM 1,290.70 Medela Double Electric Breast Pump Swing Maxi Medela’s double electric breast pump Swing is equipped with research-based 2-Phase expression technology which feature a high level of efficiency that save time as well as a super comfortable handling. It automatically switches from stimulation- to expression-phase (switching manually is possible as well). Furthermore, you can choose between 9 vacuum levels and thus select the one which is most comfortable for you. By pumping two breast simultaneously, the Swing Maxi saves you a lot of time while guaranteeing that the expressed milk has a much higher energy content. The Swing Maxi is also suitable for maintaining and increasing lactation which makes it the ideal companion for moms with a low lactation. Medela’s double electric breast pump Swing Maxi is perfect for all moms with an active lifestyle since its easy and safe handling ensures an easy and sustainable expressing of your breast milk. The breast pump Swing operates with a mains adaptor. Furthermore, it is possible to operate the breast pump by using batteries which – when combined with the convenient belt clip – contributes to much more mobility. That way, the Swing Maxi is suitable for being used at home and when being out and about too. Items delivered: * 2 x PersonalFit Breast Shield (size M: 24 mm) * 2 x Connectors * 1 x PVC Swing tube * 2 x Breast Milk Bottles (150 ml) * 2 x Multi-Lids * 2 x Bottle stands * 1 x Swing motor unit * 1 x Mains adapter * 1 x Calma solitaire

2. Single Electric Breast Pump

Perbezaan Single Electric Breast Pump dengan Double Electric Breast Pump ialah pam susu seperti ini hanya mempunyai satu pam sahaja. Maka, anda tidak boleh mengepam kedua-dua belah payudara pada masa yang sama. Namun, pam ini lebih mudah dibawa kerana peralatannya lebih kurang.

Medela Swing Single Electric Breast Pump

Medela ialah salah satu brand breast pump terbaik. Pam susu Medela ini menggunakan technology 2-Phase Expression Technology, irama pam menyerupai penyusuan bayi. Lebih senang dibawa ke mana-mana kerana saiznya yang kecil dan ia boleh dihidupkan dengan hanya 4 biji bateri saiz AA atau dicas dengan AC adaptor.

Spectra S2 Electric Breast Pump (Hospital Grade)

Spectra S2 pula mempunyai banyak kelebihan. Salah satunya ialah gred yang setanding hospital, kuat dan cekap untuk menyokong pertambahan bekalan susu. Breast pump berkualiti ini mempunyai kekuatan sedutan sehingga 300mmHg. Pam ini bermula dengan "mod mengurut" untuk merangsang payudara untuk menyediakan payudara mengalirkan susu. Selepas itu, ia akan menukar ke mod serupa dengan sedutan bayi. Untuk wanita yang sukar mengeluarkan susu, fungsi ini akan membantu anda kerana anda boleh menukar diantara kedua mod tersebut.

Lacte Solo Electric Breast Pump

Sesuai untuk digunakan di rumah atau pejabat. Lacte Solo adalah breast pump yang murah dan bagus. Ia mempunyai reka bentuk penutup payudara yang lembut dan unik dengan irama pam yang selesa dan memberangsangkan. Tambahan pula, ia mempunyai 5 langkah kawalan sedutan yang dilengkapi dengan penunjuk LED untuk pembacaan yang lebih mudah. Seperti Medela Swing, ia boleh dihidupkan dengan hanya 4 biji bateri saiz AA atau dicas dengan AC adaptor.

3. Manual Breast Pump

Manual breast pump tidak menggunakan elektrik. Ianya lebih ringan, senyap dan juga murah harganya. Untuk ibu yang tidak biasa mengepam susu, anda boleh mencuba pam susu manual kerana pam ini lebih mudah untuk digunakan.

Philips Avent Manual Breast Pump SCF330/20

Model breast pump ini paling ketara di pasaran kerana ia adalah breast pump yang bagus dan berkualiti. Reka bentuk pam payudara ini yang unik membolehkan ibu mengepam dengan posisi yang lebih selesa. Susu akan mengalir terus ke dalam botol walaupun anda duduk tegak. Ia juga mempunyai kusyen yang lembut yang memberi rasa hangat kepada kulit dan merangsangkan lebih banyak susu untuk dikeluarkan. Bahagian pam payudara ini juga boleh dibasuh dengan mudah. Model ini boleh digunakan berasingan atau digunakan bersama semua peralatan penyusuan yang lain dari Philips Avent.

Pureen Premium Breast Pump

Pureen Breast pump ini dibuat menggunakan getah silikon yang bebas BPA yakni selamat untuk digunakan oleh bayi. Pam susu Pureen ini direka dengan sempurna untuk keselesaan ibu-ibu untuk mengeluarkan susu ibu dengan selesa dan semulajadi. Ia membantu untuk meredakan pembengkakan payudara yang menyakitkan. Ini adalah salah satu pam susu murah dan berkualiti.

Sunny Lion Manual Breast Pump with Pump

Breast pump ini murah namun mempunyai reka bentuk innovatif. Ia mengalirkan susu ibu secara berkesan bagi mencegah susu mengalir keluar dari saluran. Penyedut corong boleh mendekati payudara pada tahap maksima agar sesuai dengan ibu dengan bentuk payudara yang berbeza. Pad susu urut silika gel pusingan unik yang dibina dengan alat pemampat penyedutan empat lubang untuk mengurut sambil mengedarkan daya sedutan putaran puting. Ia menghapuskan ketidakselesaan dan menghalang puting dari ubah bentuk dan kejatuhan bentuk payudara. Breast pump ini juga khusus untuk ibu-ibu yang menjaga bentuk badan yang cantik.

User Comments